Bila Aku Renung Anak-Anakku
Bila aku renung-renung anak-anakku
Sedangkan mereka masih kecil-kecil lagi
Sebahagian mereka belum bersekolah
Sebahagian besar masih bersekolah
Hatiku sayu, pilu, bukan sedih tentang makan minumnya
Tapi agamanya, iman dan Islamnya, syariat dan akhlaknya
Justeru pada hari ini di mana sahaja dan ke mana sahaja pergi
Tidak boleh selamat
Aku bolehlah didik mereka di rumah
Disiplinkan ibadah mereka, pimpin akhlak mereka
Beri kesedaran kepada mereka
Tapi di sekolah? Di dalam perjalanannya?
Di tempat-tempat membeli-belah, di masyarakat umum
Sudah tidak selamat lagi
Bukankah media massa setiap hari memaparkan
Pelajar-pelajar terlibat dengan dadah, dadah diedar di sekolah
Di dalam perjalanan anak-anak perempuan dilarikan, kemudian dirogol
Pelajar-pelajar menjadi samseng, bergaduh di luar sekolah
Pemuda remaja melepak di mana-mana
Kidnap berlaku di mana-mana
Pelajar-pelajar sekolah muda remaja sering melakukan zina
Manusia satu sama lain tidak boleh dipercayai lagi
Tipu-menipu berlaku
Jatuh-menjatuhkan, tuduh-menuduh jadi budaya.
Aduh, susahnya hendak menjaga anak-anak
Di zaman membangun dan berkemajuan ini
0 Responses to "SAJAK":
Post a Comment