BUAT YANG BARU TAHU KEWUJUDAN BLOG INI

JANGAN TERLEPAS PANDANG ARTIKEL- ARTIKEL TERDAHULU
BOLEH DI BACA KAT DALAM KANDUNGAN
************************************************
JIKA NAK BERSEMBANG
SETIAP MALAM AHAD & RABU


**KENANGAN PERTEMUAN 2008**

Selamat Tahun Baru 2010

Posted on Thursday, December 31, 2009 by mptb9496


Selamat Tahun Baru kepada semua....semoga segala azam telah tercapai.

Pengunjung ke 1000

Posted on Tuesday, December 22, 2009 by mptb9496

Assalamualikum.....
Untuk pengetahuan kawan2 semua, blog kita telah mencapai angka 1000 jumlah pengunjung....ini bermaksud blog kita ni kira aktif la...walaupun aku dengan Baniee yang selalu dok buka.Bagi kawan2 yang belum tau kewujudan blog ni harap kita sama2 boleh war-warkan.Aku rasa masih ramai yang belum masuk lagi blog kita.....

Bagi kawan2 yang selalu dok masuk teruskan...emailkan apa saja bahan terkini atau cerita yang boleh kita sama2 kongsi.

Semoga blog ini dapat menjalinkan kembali persahahabatan sesama kita.

Cuba Teka Siapa Dia???

Posted on Sunday, December 20, 2009 by mptb9496


Geng PM cuba teka siapa disebelah aku nie ?????

Salam Maal Hijrah

Posted on Thursday, December 17, 2009 by mptb9496


Salam Maal Hijrah buat teman-teman.Semoga bertambah kekuatan dan ketekunan dalam menjalankan ibadah dan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita sebagai hambaNya.Amin.

MPTB Dalam Kenangan

Posted on by mptb9496

Mengimbas kembali kenangan yang terukir semasa di MPTB sekitar tahun 1994 hingga 1996.Semoga gambar ini dapat membangkitkan kembali nostalgia semasa bergelar guru pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun.























Harap kawan-kawan dapat comment tentang gambar ini...semoga kenangan yang lalu dapat diimbau kembali.Klik saja pada comment untuk komen.Boleh la kita sama-sama mengimbau kenangan yang lepas.

Kiriman daripada Azam Ayub..PM

Kunjungan Sahabat Lama

Posted on Friday, December 11, 2009 by mptb9496

Petang Tadi...kami sekeluarga menerima kunjungan dari member lama...Azam ngan Damanhuri...berbesar hati menerima kunjungan tersebut..harap-harap lepas ni bleh selalu jumpa....

Gambar Terbaru Kadir

Posted on Friday, December 4, 2009 by mptb9496











Abdul Kadir PM 94/96

Posted on Thursday, December 3, 2009 by mptb9496

Coretan Pengalaman 1997-2009

Sedang bermesyuarat tiba-tiba tangan gatal untuk mencari blog kawan-kawan. Alhamdulilah terjumpa blog AlumniMTPB....ahhhhh riangnya rasa hati apabila dapat nombor-nombor telefon rakan-rakan masa study kat MPTB tu. Gembira tidak terhingga bayangkan dan 12 tahun berpisah....lost contact akhirnya dapat berhubungan semula terutama kelas CM1/PM1.....alhamdulilah...


Posting pertama aku bermula apabila ditempatkan di kampung asal ku di Kluang, Johor. Mula-mula tension juga bila kena posting kat sekolah cina... setahun di sana. Pen. PPD kebetulan kenal dan beri peluang untuk bertukar ke Sek Keb. Akhir Januari 1998 dapat tukar ke SK Batu 3, Kluang. Mengajar di sana sehingga tahun 2000. Awal Tahun 2001 menyambung belajar selama setahun KSPK IT di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Habis saja balik dr KSPK ditawarkan masuk ke PKG. Bermula dr PKg Kluang berpindah ke PKG Bandar Baru Uda. Bermulalah kehidupan dengan kerja-kerja Teknologi Pendidikan. Keluar pagi balik petang...Setiap minggu boleh dikatakan out station. Tapi memang puas satu Malaysia sampai ke Indonesia. Dah puas berjalan sampai dah tak larat dan malas nak out station...hehehehehe. Alhamdulilah juga dua kali dapat APC 2003 dan 2008.

Pada Tahun 2006 sambung belajar Ijazah Sarjana Muda IT....Akhirnya telah konvokesyen pada November yang lepas....Akhirnya ada juga segulung Ijazah IT di tangan....Dah mohon dah kat SPP untuk DG 41 insyallah tahun depan temuduga. Kadangkalanya ada juga kebaikkan duduk di PKG. Sebab dapat time base DG32 tahun 2006....awalkan..pas tu dapat hakiki DGA32 tahun Julai 2009...Sedangkan kat sekolah merata-rata lum dapat hakiki yang mengajar mcm kita...Syukur..... Syukur Minggu depan 9 Disember daftar untuk sambung buat Master Teknologi Pendidikan kat UTM...

Kepada rakan-rakan kalau turun ke Johor bahru jangan lupa contact saya. Tak Payah sewa hotel buang duit aja. Tidur umah aku pun boleh.....no hal punya kawan lama punya pasal......

Abdul Kadir b. Abdul Wahab
No 5, Jalan Padi Ria 3, Bandar Baru Uda 81200 Johor Bahru
No Telefon : 012-7116373
PKG Kompleks Uda, d/a SK Kompleks Uda, Bandar Baru Uda 81200 JB.
No Tel Pejabat : 07-2381385

Jemputan Kahwin

Posted on Wednesday, December 2, 2009 by mptb9496

Assalamualaikum.....

Mohd Syahar b Osman ( KH ) yang mewakili Salina bt. Hj. Mat Safar ( KH SP ) menjemput dan mempersilakan rakan-rakan Maktab Perguruan Tuanku Bainun Ambilan 1994/1996 untuk ke majlis perkahwinannya.Rujuk kad di bawah.....






Semoga kehadiran rakan-rakan akan menyerikan lagi majlis.
Terima Kasih.

 

alumniMPTB@gmail.com © 2008