BUAT YANG BARU TAHU KEWUJUDAN BLOG INI

JANGAN TERLEPAS PANDANG ARTIKEL- ARTIKEL TERDAHULU
BOLEH DI BACA KAT DALAM KANDUNGAN
************************************************
JIKA NAK BERSEMBANG
SETIAP MALAM AHAD & RABU


**KENANGAN PERTEMUAN 2008**

Abdul Kadir PM 94/96

Posted on Thursday, December 3, 2009 by mptb9496

Coretan Pengalaman 1997-2009

Sedang bermesyuarat tiba-tiba tangan gatal untuk mencari blog kawan-kawan. Alhamdulilah terjumpa blog AlumniMTPB....ahhhhh riangnya rasa hati apabila dapat nombor-nombor telefon rakan-rakan masa study kat MPTB tu. Gembira tidak terhingga bayangkan dan 12 tahun berpisah....lost contact akhirnya dapat berhubungan semula terutama kelas CM1/PM1.....alhamdulilah...


Posting pertama aku bermula apabila ditempatkan di kampung asal ku di Kluang, Johor. Mula-mula tension juga bila kena posting kat sekolah cina... setahun di sana. Pen. PPD kebetulan kenal dan beri peluang untuk bertukar ke Sek Keb. Akhir Januari 1998 dapat tukar ke SK Batu 3, Kluang. Mengajar di sana sehingga tahun 2000. Awal Tahun 2001 menyambung belajar selama setahun KSPK IT di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Habis saja balik dr KSPK ditawarkan masuk ke PKG. Bermula dr PKg Kluang berpindah ke PKG Bandar Baru Uda. Bermulalah kehidupan dengan kerja-kerja Teknologi Pendidikan. Keluar pagi balik petang...Setiap minggu boleh dikatakan out station. Tapi memang puas satu Malaysia sampai ke Indonesia. Dah puas berjalan sampai dah tak larat dan malas nak out station...hehehehehe. Alhamdulilah juga dua kali dapat APC 2003 dan 2008.

Pada Tahun 2006 sambung belajar Ijazah Sarjana Muda IT....Akhirnya telah konvokesyen pada November yang lepas....Akhirnya ada juga segulung Ijazah IT di tangan....Dah mohon dah kat SPP untuk DG 41 insyallah tahun depan temuduga. Kadangkalanya ada juga kebaikkan duduk di PKG. Sebab dapat time base DG32 tahun 2006....awalkan..pas tu dapat hakiki DGA32 tahun Julai 2009...Sedangkan kat sekolah merata-rata lum dapat hakiki yang mengajar mcm kita...Syukur..... Syukur Minggu depan 9 Disember daftar untuk sambung buat Master Teknologi Pendidikan kat UTM...

Kepada rakan-rakan kalau turun ke Johor bahru jangan lupa contact saya. Tak Payah sewa hotel buang duit aja. Tidur umah aku pun boleh.....no hal punya kawan lama punya pasal......

Abdul Kadir b. Abdul Wahab
No 5, Jalan Padi Ria 3, Bandar Baru Uda 81200 Johor Bahru
No Telefon : 012-7116373
PKG Kompleks Uda, d/a SK Kompleks Uda, Bandar Baru Uda 81200 JB.
No Tel Pejabat : 07-2381385

0 Responses to "Abdul Kadir PM 94/96":

 

alumniMPTB@gmail.com © 2008