BUAT YANG BARU TAHU KEWUJUDAN BLOG INI

JANGAN TERLEPAS PANDANG ARTIKEL- ARTIKEL TERDAHULU
BOLEH DI BACA KAT DALAM KANDUNGAN
************************************************
JIKA NAK BERSEMBANG
SETIAP MALAM AHAD & RABU


**KENANGAN PERTEMUAN 2008**

10 Tahun Menanti

Posted on Monday, April 6, 2009 by mptb9496


Di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku dengan rakan-rakan seperguruan dan pembaca blog ini. Aku berkahwin pada Dec 1997. Selepas 2 bulan berkahwin isteri aku mengalami keguguran. Kemudian pada 22.2.99 barulah aku mendapat seorang putera yang kini berusia 10 tahun. selepas kelahiran anak yang pertama isteri aku mengalami lagi keguguran hingga tiga kali. Yang paling serius dia pernah mengandung luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan. Bayangkanlah betapa kecewanya kami ketika itu…hanya Allah sahaja yang tahu.
Malah hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun kami menunggu cahaya mata kedua hinggalah putera kami berusia 10 tahun. Dalam tempoh 10 tahun isteri aku begitu tersentuh sekali apabila melihat anak kecil atau wanita mengandung. Aku juga hampir putus asa dan hanya mampu berdoa pada Illahi. Anak aku pula sering merungut yang dia kesunyian dan kadang2 muncul perkataan “boring” dibibirnya.
Namun aku dan isteri tetap berusaha kerana menurut doktor kami tiada masalah. Berbagai usaha telah kami lakukan,- bidan kampong, doktor pakar, klinik,hospital, homeopati, produk direct selling, ubat kampong, perubatan islam, petua orang tua-tua semua telah kami cuba. Bagi kami wang ringgit bukan ukuran. Malah pernah suatu ketika terlintas di fikiranku untuk mengambil anak angkat namun isteriku mambantah.
Akhirnya pada suatu hari isteriku terasa ada sesuatu perubahan pada dirinya dan aku pun seperti biasa , terus membawanya ke klinik. Kali ni aku terus ke Poliklinik Mahsuri di Jitra dan setibanya di sana isteri aku disahkan mengandung 3 minggu. Alangkah gembiranya dia ketika itu namun aku pula seolah-olah tidak percaya.
Hari demi hari berlalu dengan penuh cabaran dan dugaan Akhirnya pada 5.4.09 lahirlah puteraku yang kedua seberat 3.6 kg setelah 10 tahun menanti. Isteriku terpaksa menjalani pembedahan ketika bersalin kerana ada sedikit masalah. Namun kesakitan yang ditanggungnya terukir dengan air mata kegembiraan. Puteraku yang sulung juga begitu gembira kerana dia kini bergelar abang. Aku bersyukur padaMu YA ALLAH.
Begitulah coretan aku kali ini dan kepada rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama denganku, janganlah putus asa kerana Allah sentiasa di sisi orang yang sabar dan beriman. Jika sesiapa ingin mendapat petua atau berkongsi pengalaman dengan ku hubungi lah aku pada bila-bila masa sahaja.Kepada rakan-rakan MPTB semua. marilah kita didik anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan ilmu pengetahuan kerana merekalah pewaris keluarga, agama , bangsa dan negara. Semoga anak-anak kita menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.
Sekian ,

* baniee…

0 Responses to "10 Tahun Menanti":

 

alumniMPTB@gmail.com © 2008