BUAT YANG BARU TAHU KEWUJUDAN BLOG INI

JANGAN TERLEPAS PANDANG ARTIKEL- ARTIKEL TERDAHULU
BOLEH DI BACA KAT DALAM KANDUNGAN
************************************************
JIKA NAK BERSEMBANG
SETIAP MALAM AHAD & RABU


**KENANGAN PERTEMUAN 2008**

Munir KH

Posted on Sunday, April 26, 2009 by mptb9496

a.kum.
syukur alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk bertanya khabar dengan kawan2 semua.ingat kt aku lagi.munir kos khkmt.kami la badge pertama dan terakhir di mptb.
untuk perjumpaan yg pertama kt alor star aku ada bersama kwn2 yang lain.syok jmp membe lama.semua dah berubah
tp aku dok x lama coz ada kenduri arwah ayah aku kt rumah.so aku balik.
harap lepas ni jumpa lg.
sekarang aku ngaja kt smk sg kob kulim.dulu mula posting kt rawang selangor.setahun kt situ lepas kawin tuko ke teluk intan.
dah beli rumah kt teluk intan 9 tahun kt teluk intan pastu tuko plak blk kedah.dah kawin pun aku.isteri seorang misi kt hospital kulim.
anak dah 4 orang.alhamdulillah.2 lelaki 2 pompuan.
apa2 pun lepas ni aku crita lagi.ada kelas ni.

ALFATIHAH UNTUK ARWAH SHARIF

Posted on Tuesday, April 21, 2009 by mptb9496

TERKINI!!!!!
INNNALILLAH WA INNNA ILAI HI ROJIUN


Sahabat kita MOHD SHARIF BIN OMAR telah kembali keramahtullah pada 12.15 22 April 2009 di Hospital Taiping .Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman...Al-Fatihah


Beliau merupakan pengunjung setia blog ini dan telah menyumbangkan bahan dalam blog ini.Kali terakhir beliau mengunjug blog ini pada tarikh 21 April 2009.

Beliau juga telah menghantar sajak yang bertajuk Bila Ku Renung Anak-anakku.Bila di baca sajak ini rasa tersentuh hati sebab bagi kami ia mengambarkan perasaannya.Siapa ingin membaca sajak tersebut sila lihat dalam bahan bulan April."SAJAK".

Kami cuba mendapat no akaun isterinya untuk kemudahan sesiapa ingin memberi sumbangan bagi meringankan beban keluarganya.

Sekian, terima kasih.

Al-Fatihah.

Che Ramli

Posted on Sunday, April 19, 2009 by mptb9496

As'kum..terlebih dahulu aku ingin mohon maaf kerana dah lama tak bertanya khabar berita kpd rakan2 semua terlebih lagi le kpd Nazir & Bani(webmaster).Bukan apa dr bulan Januari - Mac aku sibuk ngan Kempen Pemilihan Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ni.Apapun syabas pd rakan2 yg aku nampak telah mula utk memberi respon & menghantar artikel2 utk tatapan kita semua.aku yakin lama kelamaan akan lebih ramai rakan2 kita akan tampil lagi dlm blog ini.kpd webmaster teruskan usaha anda ini dlm memastikan blog ini terus wujud sbg pemangkin kpd perhubungan kita sesama rakan2 yg dah lama terpisah.

Di kesempatan ini,aku juga ada mengirim gambar kami sekeluarga utk di abadikan dlm blog ini.



Motosikal idamanku....

Bersama ini aku sertakan serba sedikit biodata keluarga bahagia aku:


Aku : CHE RAMLI B TAUSA
ALAMAT : LOT 24C,JLN DELIMA 5A,PAYA JARAS HILIR,
47000 SG BULOH,SELANGOR
TEL : 012 3373411
EMAIL : che_li_pemuda@yahoo.com
ALAMAT : SK SEKSYEN 7
SEKOLAH KOTA DAMANSARA,PJ

NAMA ISTERI : NORAZLINA JUSIN
ANAK : NOR IZZATI ASYARANI(10THN)
NOR TASNIM AMANI( 7 THN)
MOHD NAZIF HAKIMI(3THN)

Penglibatan Dlm Masyarakat&NGO:

1. Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang
2. Naib Pengerusi Belia 4B Kawasan Subang.
3. Bendahari Kelab Sukan Komuniti Kota Damansara.
4. Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sg Buloh
5. Ahli PEKIDA Jemaah Kota Damansara

Inilah serba sedikit biodata keluarga aku..aku dah 13 thn mengajar di sekolah ni.selama 10 thn aku menyewa d Kota Damansara.Ada rezeki aku telah membeli sebidang tanah &kemudian setelah rumah aku siap aku berpindah ke Sg Buloh.jarak rumah aku ngan sekolah cuma 5 km.kepada rakan2 kalau yg datang ke KL jgn pula segan silu nak hubungi aku.boleh jadikan rumah aku rumah persinggahan.Insyallah cuti sekolah ni aku akn bercuti ke Langkawi(1-4 Jun) & balik Kg d Gurun, Kedah hingga 6hb Jun.kalau panjang umur kita akn ketemu di Kedah.

Sekian.wasalam.

GURU OH GURU

Posted on Wednesday, April 15, 2009 by mptb9496

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum manjadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmatJika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa saja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.Nukilan SN Dato Usman Awang

SAJAK

Posted on Monday, April 13, 2009 by mptb9496

Bila Aku Renung Anak-Anakku


Bila aku renung-renung anak-anakku

Sedangkan mereka masih kecil-kecil lagi

Sebahagian mereka belum bersekolah

Sebahagian besar masih bersekolah

Hatiku sayu, pilu, bukan sedih tentang makan minumnya

Tapi agamanya, iman dan Islamnya, syariat dan akhlaknya

Justeru pada hari ini di mana sahaja dan ke mana sahaja pergi

Tidak boleh selamat

Aku bolehlah didik mereka di rumah

Disiplinkan ibadah mereka, pimpin akhlak mereka

Beri kesedaran kepada mereka

Tapi di sekolah? Di dalam perjalanannya?

Di tempat-tempat membeli-belah, di masyarakat umum

Sudah tidak selamat lagi

Bukankah media massa setiap hari memaparkan

Pelajar-pelajar terlibat dengan dadah, dadah diedar di sekolah

Di dalam perjalanan anak-anak perempuan dilarikan, kemudian dirogol

Pelajar-pelajar menjadi samseng, bergaduh di luar sekolah

Pemuda remaja melepak di mana-mana

Kidnap berlaku di mana-mana

Pelajar-pelajar sekolah muda remaja sering melakukan zina

Manusia satu sama lain tidak boleh dipercayai lagi

Tipu-menipu berlaku

Jatuh-menjatuhkan, tuduh-menuduh jadi budaya.

Aduh, susahnya hendak menjaga anak-anak

Di zaman membangun dan berkemajuan ini

BUAH IMAN

Posted on by mptb9496

Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.

"Pakcik yang membunuhnya," kata seorang tua yang berada di situ. "Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati."

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher dari badan.

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

"Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya."

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas.

Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, "Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum."

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, "Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat."

Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, "Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, "Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim." Kemudian katanya lagi, "Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat."

Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: "Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat."

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata,

"Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin."

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan,
"Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya. Tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka. Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.

Sekolah Dalam Air

Posted on Saturday, April 11, 2009 by mptb9496

Ni la keadaan sekolah kami kalau hujan......



syok murid-murid main air.


Baniee setakat sekolah je banjir....aku kalau musim banjir rumah pun dilanda banjir.Paling teruk pada tahun 2004.Masa tu rumah baru siap...perabot banyak yang rosak...tapi kita kena redha.Ini semua ujian Allah terhadap kita hambaNya.

Nie..keadaan banjir tahun lepas...tapi air tak masuk ke dalam rumah...setakat kat luar je.Rumah aku jadi pulau.....nak masuk kena naik rakit.

10 Tahun Menanti

Posted on Monday, April 6, 2009 by mptb9496


Di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku dengan rakan-rakan seperguruan dan pembaca blog ini. Aku berkahwin pada Dec 1997. Selepas 2 bulan berkahwin isteri aku mengalami keguguran. Kemudian pada 22.2.99 barulah aku mendapat seorang putera yang kini berusia 10 tahun. selepas kelahiran anak yang pertama isteri aku mengalami lagi keguguran hingga tiga kali. Yang paling serius dia pernah mengandung luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan. Bayangkanlah betapa kecewanya kami ketika itu…hanya Allah sahaja yang tahu.
Malah hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun kami menunggu cahaya mata kedua hinggalah putera kami berusia 10 tahun. Dalam tempoh 10 tahun isteri aku begitu tersentuh sekali apabila melihat anak kecil atau wanita mengandung. Aku juga hampir putus asa dan hanya mampu berdoa pada Illahi. Anak aku pula sering merungut yang dia kesunyian dan kadang2 muncul perkataan “boring” dibibirnya.
Namun aku dan isteri tetap berusaha kerana menurut doktor kami tiada masalah. Berbagai usaha telah kami lakukan,- bidan kampong, doktor pakar, klinik,hospital, homeopati, produk direct selling, ubat kampong, perubatan islam, petua orang tua-tua semua telah kami cuba. Bagi kami wang ringgit bukan ukuran. Malah pernah suatu ketika terlintas di fikiranku untuk mengambil anak angkat namun isteriku mambantah.
Akhirnya pada suatu hari isteriku terasa ada sesuatu perubahan pada dirinya dan aku pun seperti biasa , terus membawanya ke klinik. Kali ni aku terus ke Poliklinik Mahsuri di Jitra dan setibanya di sana isteri aku disahkan mengandung 3 minggu. Alangkah gembiranya dia ketika itu namun aku pula seolah-olah tidak percaya.
Hari demi hari berlalu dengan penuh cabaran dan dugaan Akhirnya pada 5.4.09 lahirlah puteraku yang kedua seberat 3.6 kg setelah 10 tahun menanti. Isteriku terpaksa menjalani pembedahan ketika bersalin kerana ada sedikit masalah. Namun kesakitan yang ditanggungnya terukir dengan air mata kegembiraan. Puteraku yang sulung juga begitu gembira kerana dia kini bergelar abang. Aku bersyukur padaMu YA ALLAH.
Begitulah coretan aku kali ini dan kepada rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama denganku, janganlah putus asa kerana Allah sentiasa di sisi orang yang sabar dan beriman. Jika sesiapa ingin mendapat petua atau berkongsi pengalaman dengan ku hubungi lah aku pada bila-bila masa sahaja.Kepada rakan-rakan MPTB semua. marilah kita didik anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan ilmu pengetahuan kerana merekalah pewaris keluarga, agama , bangsa dan negara. Semoga anak-anak kita menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.
Sekian ,

* baniee…

 

alumniMPTB@gmail.com © 2008