Kak As tetap setia menemani Talhah
harap...hang cepat sembuh dan ceria kembali
Pada hari Isnin 13.7.2009 kami telah pi melawat kawan lama kita iaitu Talhah. Beliau telah dimasukkan ke wad di Hosp. Sultanah Bahiyah pada Jumaat 3 Julai 2009. Pada mulanya kami pi Hospital Sultanah Bahiyah, A.Star tapi kami diberitahu yang dia dah balik. Jadi kami bergegas ke rumahnya di No. 43 Taman Desa Bukit Tinggi, Kepala Batas , Kedah.
Setibanya dirumah kami disambut oleh Kak As (Asmiza-isteri dia) dengan penuh mesra. Kesian tengok Talhah yang nampak letih..rupanya dia kena operate sebab masalah usus dan pasang surut. Turut melawat beliau sebelum ni ialah Shauqi dan Halmi.
Kami harap Talhah cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.Besabarlah menghadapi ujian Allah. Kami amat kagum dengan Kak As kerana tabah dan tak jemu-jemu menjaga Talhah siang dan malam...Inilah yang dikatakan pasangan bahagia.
Sama-samalah kita berdoa agar talhah cepat sembuh dan dapat hadir dalam perjumpaan kita hujung tahun ni...
1 comments:
terima kasih kawan2,semoga jasa dan kperihatinan anda ALLAH jua yg membalasnya!!!!!
Post a Comment