CM2 nama kelas kami,
Melayu cina join sekali,
Ahlinya dari berbagai-bagai negeri,
Dalam kelas hidup harmoni.
Wahai kawan2 aku rindu kat hampa,
Buat alumni beberapa orang ja yang ada,
Musim cuti ni akau dok saja,
Jadi aku pun mula la karang seloka.
Aku mula dr yg duduk sebelah kiri.
Itulah bang long kami,
Fauzi Ramli nama diberi,
Tapi sayang naik moto tak reti.
Zaki pula yg handsome sekali,
Tapi sayang dgn pompuan malu skali,
Dengan Nizam rapat sekali,
Kalau bersembang sampai pagi.
Tepi Zaki tu Shahbani,
Sapa lagi aku la yg empunya diri.
Aku tak mahu komen sendiri,
Harap hampa tau sendiri.
Nasrul Ali budak Kelantan,
Kalau cakap penuh sopan,
Sungguh kalut bila ada tugasan,
Dalam kelas dok didepan
Isa jadi KK kami,
Maznah pula penolong serasi.
Depa ni rapat sekali,
Tapi akhirnya bawa haluan sendiri.
Kamal Hisham YDP kita,
“Datuk” itulah panggilan semua,
Kalau berucap penuh karisma,
Bercinta dengan sapa tak pernah cerita,
Teh ais paling dia suka,
Bila sembang gelaklah dia,
Dengan Zaki suka bercerita,
Sedar-sedar dah pagi buta.
Mat Noor adik bongsu kami,
Balik kampong seminggu sekali.
Maklum la nk jumpa buah hati,
Dalam kelas diam sekali.
Mat Akhir budak Baling,
Dalam kelas selalu pening,
Naik yamaha spot pusing-pusing
Kalu marah tak pernah tengking.
Mie Spastik gelaran diberi,
Kami gosiip dengan Mazniyati,
Tapi Linda bertakhta dihati,
Itulah Kahiru Helmi hero bunga kami.
Kak Wan memang lawa,
Anak tauke perobot dari Jitra,
Kalau nak merapu dia tak suka,
Orang nak ngorat dia kata dah ada.
Baju kuning tu nama dia Noreha,
Dengan dia aku ada cerita,
Suatu hari aku tertarik kerusi dia,
Apa lagi jatuh terduduk merah muka.
Yang sorang ni kelakar gila.
Dengan sapa pun dia cepat mesra,
Minta tolong anytime saja,
Itulah Mariam kawan kita.
Sebelah Mariam tu Latipah namanya,
Dengan Nebaah jadi teman setia,
Kalau diusik senyum saja,
Tak banyak kerenah tak banyak berkata.
Baju biru belakang tu namaya Mazlita,
Kalau berbicara amboi manjanya,
Mencurah masalah meramu air mata,
Kadang-kadang kesian gak kat dia.
Bertudung merah itulah Mastura,
Dari Melaka datangnya dia,
Bila behujah penuh bertenaga,
Orangnya aktif penuh ceria.
Inilah Maznah ratu kelas kami,
Dengan Isa baik sekali,
Bila senyum manis sekali,
Sampai pensyarah pun ada hati.
Mazniyati adik pompuan kami,
Dengar cerita tak kawin lagi.
Ramai juga yang ada hati,
Maklumlah dia ni manja sekali.
Alahai terlupa pula,
Tudung kuning tu kak izah kita,
Orangnya kecil, lawa juga.
Tapi apakan daya dah berpunya.
Baju oren kat belakng tu namaya Tan,
Kalau bersembang mengalah jantan,
Cakap Melayu tak pernah segan,
Dialah guru pelatih harapan.
Rasanya cukup buat seketika,
Yang tak sebut nama jangan hampa,
Nak buat macam mana aku dah lupa.
Maklum la lama tak jumpa.
Akhirnya aku mohon maaf pada semua,
Aku tulis ni bukan nak kutuk hampa,
Cuma nak ingatkan nostalgia kita,
Kalau boleh aku nak jumpa semula.
Semoga coretan ku yang tak seberapa ini membuatkan sapa2 yang membaca teringat semula kat kawan2 kita dan kalu ada masa kita jumpa. Aku rindu sangat kat hampa terutamanya geng tanah Liat. Kalau sapa2 ada terbaca contact la aku,…dan jgn lupa tahun depan ada perjumpaan kat Perak…hampa turun la…k …bye…
IKHLAS DARIKU,
Baniee…0194166135
baniee72@yahoo.com
0 Responses to "Seloka CM2":
Post a Comment