BUAT YANG BARU TAHU KEWUJUDAN BLOG INI

JANGAN TERLEPAS PANDANG ARTIKEL- ARTIKEL TERDAHULU
BOLEH DI BACA KAT DALAM KANDUNGAN
************************************************
JIKA NAK BERSEMBANG
SETIAP MALAM AHAD & RABU


**KENANGAN PERTEMUAN 2008**

Halim berjaya di jejaki...

Posted on Monday, January 26, 2009 by mptb9496

Setelah satu dekad berlalu…..Halim telah berjaya dijejak oleh aku, Baniee dan Che Lie.Rupa-rupanya dia sekarang dok di Sungai Petani.Walaupun dah berjaya, ada rumah besar , keta besar dan badan makin bulat tapi still macam dulu lagi……ala Halim sapa tak kenal ?

















Halim kini menetap di Taman Utama, Bandar Putri Jaya, Sungai Petani.Kalau ada member yang turun Sungai Petani boleh la call dia......boleh di bawa pusing bandar Sg. Petani.

Sekarang dia mengajar di Sek. Men. Keb. Mak Mandin, Seberang Perai........dia juga ligat dok buat bisness sekarang ni.Ok...kalau teringin nak buat bisness boleh la call dia.

















Terima kasih buat Halim sekeluarga coz layanan mesra yang diberikan.Semoga amalan kunjung mengunjung ini akan menjadi tradisi bagi kita semua x student MPTB.

KunJunGan SaHabAt LamA...!!!

Posted on by mptb9496

Kenangan aku BerSama ShUiB dalAm ruMAhku.....



Masa perjumpaan ari tu shuib x dan nak mai sebab ada d Cameroon Higland. So dia minta maaf banyak2 kat kwn2 semua. Dia kata tringin sangat nk tngk pic2 tentang perjumpaan hari tu....so dia pun luangkan masa mai umah aku ngan family dia. Rupa2nya dia pun ligat dok wat bisness...

Apapun thanks shuib sudi mai pondok buruk aku....aku ngan shuib ni mmg rapat dr dulu lg sbb kampung kami berjiran...

Aku ngan family juga ambik kesempatan ni untuk mengucapkan takziah kat shuib sekeluarga diatas kematian bonda tercinta tahun lepas...Al-Fatihah.



tak dan sembang lama nk blk dah...x pa nanti jumpa lg...

Nampaknya rentetan dari perjumpaan dulu telah wujud budaya kunjung mengunjung sesama kita. Aku harap budaya seperti ini akan terus berkekalan disamping dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin....

Harap kawan2 lain dapat turut serta dalam menyumbangkan bahan untuk blog ini.





Pertandingan Bowling Berpasagan Akan Diadakan Tidak Lama Lagi....Sesiapa yang berminat sila hubungi Shahbani dan Nazir untuk maklumat lanjut...Diharapkan semua sahabat-sahabat dapat mengambil bahagian....

Jejak Ke Jitra

Posted on Thursday, January 8, 2009 by mptb9496



Malam Rabu, aku dengan Bani jejak member yang sekarang menetap dan mengajar di Jitra daerah Kubang Pasu.Member yang lama tak jumpa iaitu Basri PM dan Wan Ramli KH.Turut serta yang hadir Nizam PM dan Shahar KH.Ni gambar kami dok lepak kat pekan Jitra depan Restoran Satay Kajang.Bani teringat masa dia dok Kajang dulu.



Apa pun tq kat Basri dan Wan Ramli, depa minta maaf tak boleh hadir masa perjumpaan di Hotel Sri Malaysia kerana ada keja.

Harap depa dapat hadir pada perjumpaan yang akan datang.

Seloka CM2

Posted on Friday, January 2, 2009 by mptb9496



CM2 nama kelas kami,

Melayu cina join sekali,

Ahlinya dari berbagai-bagai negeri,

Dalam kelas hidup harmoni.


Wahai kawan2 aku rindu kat hampa,

Buat alumni beberapa orang ja yang ada,

Musim cuti ni akau dok saja,

Jadi aku pun mula la karang seloka.


Aku mula dr yg duduk sebelah kiri.

Itulah bang long kami,

Fauzi Ramli nama diberi,

Tapi sayang naik moto tak reti.


Zaki pula yg handsome sekali,

Tapi sayang dgn pompuan malu skali,

Dengan Nizam rapat sekali,

Kalau bersembang sampai pagi.


Tepi Zaki tu Shahbani,

Sapa lagi aku la yg empunya diri.

Aku tak mahu komen sendiri,

Harap hampa tau sendiri.


Nasrul Ali budak Kelantan,

Kalau cakap penuh sopan,

Sungguh kalut bila ada tugasan,

Dalam kelas dok didepan


Isa jadi KK kami,

Maznah pula penolong serasi.

Depa ni rapat sekali,

Tapi akhirnya bawa haluan sendiri.


Kamal Hisham YDP kita,

“Datuk” itulah panggilan semua,

Kalau berucap penuh karisma,

Bercinta dengan sapa tak pernah cerita,


Teh ais paling dia suka,

Bila sembang gelaklah dia,

Dengan Zaki suka bercerita,

Sedar-sedar dah pagi buta.


Mat Noor adik bongsu kami,

Balik kampong seminggu sekali.

Maklum la nk jumpa buah hati,

Dalam kelas diam sekali.


Mat Akhir budak Baling,

Dalam kelas selalu pening,

Naik yamaha spot pusing-pusing

Kalu marah tak pernah tengking.


Mie Spastik gelaran diberi,

Kami gosiip dengan Mazniyati,

Tapi Linda bertakhta dihati,

Itulah Kahiru Helmi hero bunga kami.


Kak Wan memang lawa,

Anak tauke perobot dari Jitra,

Kalau nak merapu dia tak suka,

Orang nak ngorat dia kata dah ada.


Baju kuning tu nama dia Noreha,

Dengan dia aku ada cerita,

Suatu hari aku tertarik kerusi dia,

Apa lagi jatuh terduduk merah muka.


Yang sorang ni kelakar gila.

Dengan sapa pun dia cepat mesra,

Minta tolong anytime saja,

Itulah Mariam kawan kita.


Sebelah Mariam tu Latipah namanya,

Dengan Nebaah jadi teman setia,

Kalau diusik senyum saja,

Tak banyak kerenah tak banyak berkata.


Baju biru belakang tu namaya Mazlita,

Kalau berbicara amboi manjanya,

Mencurah masalah meramu air mata,

Kadang-kadang kesian gak kat dia.


Bertudung merah itulah Mastura,

Dari Melaka datangnya dia,

Bila behujah penuh bertenaga,

Orangnya aktif penuh ceria.


Inilah Maznah ratu kelas kami,

Dengan Isa baik sekali,

Bila senyum manis sekali,

Sampai pensyarah pun ada hati.


Mazniyati adik pompuan kami,

Dengar cerita tak kawin lagi.

Ramai juga yang ada hati,

Maklumlah dia ni manja sekali.


Alahai terlupa pula,

Tudung kuning tu kak izah kita,

Orangnya kecil, lawa juga.

Tapi apakan daya dah berpunya.


Baju oren kat belakng tu namaya Tan,

Kalau bersembang mengalah jantan,

Cakap Melayu tak pernah segan,

Dialah guru pelatih harapan.


Rasanya cukup buat seketika,

Yang tak sebut nama jangan hampa,

Nak buat macam mana aku dah lupa.

Maklum la lama tak jumpa.


Akhirnya aku mohon maaf pada semua,

Aku tulis ni bukan nak kutuk hampa,

Cuma nak ingatkan nostalgia kita,

Kalau boleh aku nak jumpa semula.


Semoga coretan ku yang tak seberapa ini membuatkan sapa2 yang membaca teringat semula kat kawan2 kita dan kalu ada masa kita jumpa. Aku rindu sangat kat hampa terutamanya geng tanah Liat. Kalau sapa2 ada terbaca contact la aku,…dan jgn lupa tahun depan ada perjumpaan kat Perak…hampa turun la…k …bye…

IKHLAS DARIKU,

Baniee…0194166135

baniee72@yahoo.com


 

alumniMPTB@gmail.com © 2008