Sedar tidak sedar, kini kita sudah berada dipenghujung bulan Ramadan.Ramadan yang dulu dinanti kian berlalu pergi..cuba kita renung sejenak...adakah ibadah puasa yang dilaksanakan akan diterima Allah...insyaallah semoga kita tidak hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Sesungguhnya hanya kita sahaja yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita laksanakan. Ini kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ".
Maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu " .
Namun begitu masih ada kesempatan bagi kita untuk meningkatkan lagi ibadah terutama disepuluh malam terakhir.Ini kerana kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.
Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan.
Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :
"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ".
Maksudnya : " carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " .
Semoga segala amalan dan ibadat kita diterima Allah.Insyaallah.
0 Responses to "Ramadan Yang Kian Berlalu........":
Post a Comment