BUAT YANG BARU TAHU KEWUJUDAN BLOG INI

JANGAN TERLEPAS PANDANG ARTIKEL- ARTIKEL TERDAHULU
BOLEH DI BACA KAT DALAM KANDUNGAN
************************************************
JIKA NAK BERSEMBANG
SETIAP MALAM AHAD & RABU


**KENANGAN PERTEMUAN 2008**

Merdeka ...Merdeka...Merdeka

Posted on Monday, August 31, 2009 by mptb9496

Salam Kemerdekaan buat semua.....
Syukur kita kehadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita hidup aman dan makmur di tanah Malaysia nie.Sedar tak sedar kini sudah 52 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan .... Kesenangan dan kemakmuran yang kita kecapi ini adalah hasil doa dan usaha perjuangan pemimpin yang terdahulu.
Walaupun arah mana kita berada .....rasa berterima kasih dan terhutang budi mesti ada dalam dada kita meskipun mereka tak meminta.
Hanya kiriman doa sebagai tanda ingatan kita buat mereka perjuang -pejuang bangsa.
Jadi sama-samalah kita berdoa agar kemerdekaan ini terus berkekalan....jangan terpedaya dengan dalang-dalang yang terus berusaha untuk menghancurkan bangsa kita.Bersyukurlah dengan apa yang telah ada..... Semoga kita semua hidup aman sentosa dan makmur sejahtera.

Selamat Menduduki PTK

Posted on Monday, August 24, 2009 by mptb9496

Selamat menduduki PTK buat rakan-rakan semua....semoga PTK kali ini akan memberi kejayaan kepada semua.

Kepada rakan-rakan yang telah berjaya lulus PTK ...tahniah.Doakan rakan-rakan yang belum lulus nie...
Aku dengan Baniee menduduki PTK di SMK Sultanah Bahiyah......


Selamat Berpuasa

Posted on Saturday, August 22, 2009 by mptb9496

Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan.Semoga kita dapat menjalani ibadah yang difardukan ke atas kita dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.


JUST SHARING...SHARING IS CARING....

Posted on Friday, August 14, 2009 by mptb9496

Kalau hadapi simptom2 seperti selsema, batuk, demam, sukar bernafas, pening kepala dan sakit tekak ..........mungkin anda telah menghidapi H1N1.Minum susu dan buah.






Menurut kajian yang dijalankan oleh HSA JB makanan yang dibuat daripada buah mampu bersihkan atom-atom H1N1.


Bersamalah kita berdoalah untuk kesejahteraan ummah.

Rajin betul Baniee...

Posted on Monday, August 10, 2009 by mptb9496

Nie aku candid gambar Baniee.....



Baniee sedang mengemas stor sukan......mmg rajin la dia...


Selain mengajar nie la tugas kawan kita kat sekolah......Ketua Panitia PJK.
Aku dok tumpang dalam stor nie setiap hari....dok dlm makmal komputer sorang-sorang boring gak.Kami sll dok bincang camna nak bg blog kita nie meriah sikit.Setiap hari org yng sama je dok masuk......yng lain x pernah masuk pun.

Masih ingat lagu ini...

Posted on Saturday, August 8, 2009 by mptb9496

Mungkin ramai yang dah lupa lagu ni....dulu setiap pagi kita akan menyanyi lagu ni.Saja aku letak lagu ni....untuk memastikan adakah lagu ni ada perubahan.Siapa yang masih ingat lagu versi yang lama tolong respond kat comment.


Lagu Institut

Berdiri Megah tersergam indah
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Gedung sebaran ilmu budaya
Teras cemerlang impian semua

Dari setiap negeri kami datang
Dengan tekad waja berjuang
Membina memaju serta menjulang
Demi anak tersayang

Marilah berusaha segera
Menuju arah hidup sejahtera
Itulah sumpah dan ikrar kami
Penghuni suci institut terpuji
Menyimpan hasrat cemerlang diri
Khidmat kepada Ibu pertiwi


Lagu ni mungkin versi baru coz ada perubahan kat Maktab jadi Institut....

Masih Ingat Lokasi MPTB

Posted on by mptb9496


Peta ni saja aku letakkan untuk memberi panduan kepada kawan-kawan yang mungkin lama tak menjejak kaki ke kawasan ini...di harap dengan adanya peta nie bolehlah jadi panduan dekat kawan-kawan yang telah lupa dimana lokasi MPTB.

Hobi Pengerusi Alumni Kita

Posted on Tuesday, August 4, 2009 by mptb9496


Ni gambar pengerusi alumni kita......tentu ramai yang kenal terutama yang hadir dalam perjumpaan tahun lepas.....semua sebulat suara melantik beliau sebagai pengerusi kita kerana komitmen yang ditunjukkan sehingga berjaya menganjurkan perjumpaan bekas pelatih MPTB ambilan 9496.terima kasih kepada yang hadir....insyaallah tahun ni kita berjumpa lagi mungkin di Perak.
Kalau minat Ustaz Basri pergi memancing di laut dalam....lain pulak minat kawan kita nie.Untuk pengetahuan member2, Bani nie hobinya memelihara burung nuri...banyak burung nuri yang dia pelihara....bermacam-macam warna penuh..sekeliling rumah dia penuh dengan sangkar burung.Habaq saja kat mana ada burung nuri tentu dia sampai.

Kalau ada mmber yang sama minat dengan dia boleh la datang tengok projek burung nuri dia....mugkin sekarang dia dah boleh jadi penjual burung.....tokey burung la....

Okeyla....setakat ini dulu cerita tentang orang kuat alumni kita.Aku pun tak banyak idea...kalau nak tengok sendiri datang la rumah dia .. boleh buat lawatan kot...tak yak p taman burung.

Okey...bye..bye!!!

BERKENALAN DENGAN BLOGGER KITA

Posted on by mptb9496


Inilah orang kuat blog kita. tentu anda semua kenal....Nazer Senafi. Geng ketiuw(maaf aku tak pandai eja). La ni dia dh ada ijazah IT so dia manfaatkan apa yang dia belajar untuk mengeratkan kembali hubungan kita. Dia sekarang bertugas ngan aku di SK Mergong( sekolah dekat TESCO Mergong tu...). Tiap hari dia memantau blog kita, kalau kat sekolah bilik aku la jadi tempat akses dia wpun dah ada bilik akses kat sekolah tp dia syok dalam bilik sukan aku yang penuh serabut.aku tabik kat kawan kita ni. Dulu opsyen Muzik..la ngajar sains tapi ambik ijazah IT manakala peringkat daerah lak jadi penggubal soalan BM. Memang pening tengak dia tapi dia leh wat semua tu...TAHNIAH. Satu lagi la ni dalam perancangan nak buat KELAB VITARA untuk guru2.
Aku harap ramai lagi kawan2 dapat hantarkan maklumat untuk dimuatkan dalam blog ini kerana kami kurang bahan. Asyik2 kami dua ja dok hantar...kami teringin gak nak dapatkan maklumat atau bahan dari kawan-kawan di pantai timur atau di selatan sana,...Misi kami setiap bulan pasti ada bahan yang baru supaya pengunjung tak jemu. Ok la setakat ni dulu...jumpa diruang sembang2 nanti....
SELAMAT BERTUGAS ....tq my freind...

Aktiviti Selepas UPSR

Posted on Monday, August 3, 2009 by mptb9496



Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara telah dibuka untuk dikunjungi oleh orang awam.Bagi kawan-kawan yang berada di kawasan utara : Perlis, Kedah, Penang dan Perak Utara datang melawat....selain Pusat Sains sebelah dia ada Muzium Padi.




Muzium Padi

Sebenarnya buka nak promosi...cuma nak bagi tau lokasi Pusat Sains dan Muzium Padi tak jauh dari rumah aku...kalau ada angan-angan nak buat rombongan tu boleh la.....nanti call aku.Boleh aku bawa jalan-jalan kat Taman Rekreasi Gunong Keriang kot-kot kalau nak beli bunga batu untuk perhiasan....


Bunga Batu Gunong Keriang

Kalau nak lasak boleh bawa mendaki Gunung Keriang.... nak jelajah gua-gua pun boleh gak..
Okey...member yang selalu dok anjur rombongan sekolah tu bolehlah fikir-fikir aktiviti selepas UPSR.

 

alumniMPTB@gmail.com © 2008