BUAT YANG BARU TAHU KEWUJUDAN BLOG INI

JANGAN TERLEPAS PANDANG ARTIKEL- ARTIKEL TERDAHULU
BOLEH DI BACA KAT DALAM KANDUNGAN
************************************************
JIKA NAK BERSEMBANG
SETIAP MALAM AHAD & RABU


**KENANGAN PERTEMUAN 2008**

Sharif dan Sanisah

Posted on Tuesday, March 10, 2009 by mptb9496



Assalamualaikum dan semoga diberkati oleh Allah Taala selalu hendaknya saudara2ku semua…amin. Terlebih dahulu Patik, isteri patik dan anak2 patik ingin memohon sembah derhaka kerana terlambat masuk dalam blog ni. Bukannya apa, Cuma baru dapat tahu adanya blog ni. Tu pun sebab si Nazer dapat cari kami. Kalau tidak lambat lagi la nak jumpa hampa semua. Aku masa mula posting dulu mengajaq di KL, SK Hulu Kelang, Ampang. Alaaaaa……..dekat sgt dgn zoo Negara tuuu. Ada la kot dalam 2 taun setengah di sana. Lepaih tu, aku bertukaq ke SK Sungai Tinggi, Trong, Perak (kawasan Taiping la). Dan sekarang ni bertukaq pula di SK Padang Gajah, juga kat Trong. Sampai la skrg ni. Hampa semua masih ingat tak dekat arwah kawan kita, Zaini yg meninggal dunia akibat kemalangan masa kita mula2 masuk maktab dulu? Lebih kurang dalam sebulan ada la dia kat maktab. Bila aku dah mai sini selalu la jugak dok jumpa ayah dia yg masih lagi bawak teksi. Aku respek la kat ayah dia pasai masih lagi kuat bawak teksi siang dan malam walaupun dah berumur hampir 80 tahun. Anyway, berbalik pada kisah aku….aku ni masih lagi guru diploma dga32. Taun lepaih ada la mintak PGSR tapi tak dapat la. Tak dak rezeki lagi kot. Hujung taun ni try mintak lagi. Pada kawan2 tolong la berdoa untuk aku.






Ok, ni kisah keluarga aku la pulak. Bini aku rasanya semua hampa dah tau kot? Namanya Sanisah Mat Ali, opsyen ERT. Aku pun tak tau nak cerita mcm mana, tapi tu la yg dikatakan jodoh…huhu. Sepanjang perkongsian hidup kami bermula dari 12/09/1998(sukan Komanwel tu… dan Anwar di pecat atas tuduhan meliwat ….he….he) alhamdulillah, kami telah pun dikurniakan 5 orang putera iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu……dan ……dalam perancangan untuk dapatkan Tun Teja, Tun Fatimah dan….(kalau ada rezeki, insyaallah). Tapi tu semua nama samaran j. e …hehe. Nama betul lain… . Keluarga kami adalah, Mohd Sharif Omar + Sanisah Mat Ali = Muhammad Syazwan, Aiman Fikri, Muhammad Farhan, Izham Syamil dan Muhammad Haziq (cukup ke tidak lagi ni).

Aku setiap kali cuti sekolah akan balik rumah org tua aku kat Simpang Empat Kangkong. Mak aku masih ada, sementara Ayahanda tercinta dah pulang ke rahmatullah dah lama dah. Masa aku baru posting kat KL lagi. Masih ingat lagi tarikh tu, 24/4/1097. Mak aku pun skrg dah 80 tauh lebih. Ingatan pun dah agak lemah. Aku dan keluarga aku pun dia kadang2 ingat, kadang2 lupa. Aku pun agak heran jugak la sebab tak pernah jumpa kawan2 bila balik aloq setaq. Kadang2 tu harap2 la dapat jumpa kawan2 kat aloq setaq, tapi tak pernah jumpa pun. Sebenaqnya aku dah lama dah teringin nak jumpa hampa semua, teingin sgt2. tapi nak buat mcm mana,. Tuhan belum izinkan…insyaallah 19 Mac nanti kalau panjang umoq aku pi la citi plaza tu. Boleh la kita semua jumpa di sana, insyaallah. Tapi aku tak pernah main boling. Hampa kena la ajaq aku. Kat Taiping ni aku ada la jugak pernah terjumpa dgn izham rusdi (Hang Jebat) dan dgn Azman pun pernah jumpa jugak.

Tu saja la kot yg aku nak cerita serba sedikit pasai aku skrg. Skrg ni pun aku tak dak buat bisnes apa pun. Hanya jadi cikgu saja. Dan bela anak yg 5 org tu…..hanya tu la kerja aku. Tapi hobi aku main badminton masih lagi diteruskan sampai skrg. Cuma tak larat lagi main single, main double saja. Kot2 la lepas ni boleh la kita buat badminton pulak lepas boling. Mana tau kan?
Ok lah, rasanya ni pun dah agak panjang dah ni. Nanti jemua pulak hampa nak baca. Kalau ada apa2 boleh la contact aku di no. 10 lorong dua, taman trong indah, 34800 trong, perak darulridzuan. Atau talipon 0135132515. atau email: mailto:hsasha7274@yahoo.com, assharif@alwahy.com
Apa2 pun bagiuh la hampa buat mcm ni. Aku pun teringin jugak nak buat mcm hampa buat ni tapi dok tertangguh bertahun-tahun dah. Nasib baik hampa buat, boleh la jugak tumpang sekaki jumpa kawan2 lama. Eloknya hampa add aku kat Yahoo Messenger saja, supaya senang kita nak bersembang……cadangan la…ok la akhir kata dari kami sekeluarga………semoga dapat berjumpa lagi lepas ni, insyaallah…..

Assalamualaikum……w.b.t…………

0 Responses to "Sharif dan Sanisah":

 

alumniMPTB@gmail.com © 2008