Aku baru nak membina laman blog ini.....jadi sabar-sabar le kawan-kawan ok.. Aku sekarang ni menetap di Kampung Gajah, Perak. Aku dah pun kahwin dan ada dua orang anak. Isteri aku yang cun lagi comel juga seorang guru. Alhamdulillah..setakat ini aku dikurniakan dua orang puteri yang manis dan menghiburkan.
**KENANGAN PERTEMUAN 2008**
Petikan dari blog Shabki
1 comments Filed Under: copy from juragan73
Shahidan Said
Lama tak dengar berita .....
School : smk pengkalan hulu,33100 pengkalan hulu,perak
Email : shaza05@yahoo.com.my
0 comments Filed Under: nazer
Mohd Shabki Othman
Member kita skrg mengajar kat SK Sungai Galah, Perak.
Aku buka blog Juragan73 pasai ada link dengan Blog Alumni kita...aku cuba cari siapa blogger dia....tapi tak dak profile blogger... blog tu ada link dengan blog SK Sungai Galah....bila buka link guru-guru sekolah tu jumpa gambar member kita nie..jadi aku upload dalam blog.
Shabki...kalau boleh bagi la maklumat terbaru tentang diri hang.Kalau hang blogger blog tu nanti aku buat link kat blog alumni kita.Ramai member nak tau tentang hang....maklumla lama tak jumpa..
Ok...terima kasih.
0 comments Filed Under: nazer
Moh le ke Trong
0 comments Filed Under: receive from Sharif
Al Kisah Kami Kat Sekolah
0 comments Filed Under: nazer dan bani
Sharif dan Sanisah
Ok, ni kisah keluarga aku la pulak. Bini aku rasanya semua hampa dah tau kot? Namanya Sanisah Mat Ali, opsyen ERT. Aku pun tak tau nak cerita mcm mana, tapi tu la yg dikatakan jodoh…huhu. Sepanjang perkongsian hidup kami bermula dari 12/09/1998(sukan Komanwel tu… dan Anwar di pecat atas tuduhan meliwat ….he….he) alhamdulillah, kami telah pun dikurniakan 5 orang putera iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu……dan ……dalam perancangan untuk dapatkan Tun Teja, Tun Fatimah dan….(kalau ada rezeki, insyaallah). Tapi tu semua nama samaran j. e …hehe. Nama betul lain… . Keluarga kami adalah, Mohd Sharif Omar + Sanisah Mat Ali = Muhammad Syazwan, Aiman Fikri, Muhammad Farhan, Izham Syamil dan Muhammad Haziq (cukup ke tidak lagi ni).
Aku setiap kali cuti sekolah akan balik rumah org tua aku kat Simpang Empat Kangkong. Mak aku masih ada, sementara Ayahanda tercinta dah pulang ke rahmatullah dah lama dah. Masa aku baru posting kat KL lagi. Masih ingat lagi tarikh tu, 24/4/1097. Mak aku pun skrg dah 80 tauh lebih. Ingatan pun dah agak lemah. Aku dan keluarga aku pun dia kadang2 ingat, kadang2 lupa. Aku pun agak heran jugak la sebab tak pernah jumpa kawan2 bila balik aloq setaq. Kadang2 tu harap2 la dapat jumpa kawan2 kat aloq setaq, tapi tak pernah jumpa pun. Sebenaqnya aku dah lama dah teringin nak jumpa hampa semua, teingin sgt2. tapi nak buat mcm mana,. Tuhan belum izinkan…insyaallah 19 Mac nanti kalau panjang umoq aku pi la citi plaza tu. Boleh la kita semua jumpa di sana, insyaallah. Tapi aku tak pernah main boling. Hampa kena la ajaq aku. Kat Taiping ni aku ada la jugak pernah terjumpa dgn izham rusdi (Hang Jebat) dan dgn Azman pun pernah jumpa jugak.
Tu saja la kot yg aku nak cerita serba sedikit pasai aku skrg. Skrg ni pun aku tak dak buat bisnes apa pun. Hanya jadi cikgu saja. Dan bela anak yg 5 org tu…..hanya tu la kerja aku. Tapi hobi aku main badminton masih lagi diteruskan sampai skrg. Cuma tak larat lagi main single, main double saja. Kot2 la lepas ni boleh la kita buat badminton pulak lepas boling. Mana tau kan?
Ok lah, rasanya ni pun dah agak panjang dah ni. Nanti jemua pulak hampa nak baca. Kalau ada apa2 boleh la contact aku di no. 10 lorong dua, taman trong indah, 34800 trong, perak darulridzuan. Atau talipon 0135132515. atau email: mailto:hsasha7274@yahoo.com, assharif@alwahy.com
Assalamualaikum……w.b.t…………
0 comments Filed Under: receive from Sharif
Sambutan Maulidur Rasul Kat Kampung Aku
Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan kat kampung aku.Lebih kurang 200 orang penduduk kampung yang turut serta dalam perarakan ini.
Kanak-kanak juga terlibat dalam majlis ini.
Aku yang pakai baju purple tu....nampak handsome tak?
Wanita juga turut serta.
Kumpulan Marhaban.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul
Untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah s.a.w. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta, kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri Majlis Maulidur-Rasul.
Semoga majlis ini dapat mengukuhkan ikatan ukhwan sesama penduduk setempat dan memperigati kelahiran nabi Muhamad S.A.W.
0 comments Filed Under: nazer
Salam Maulidur Rasul s.a.w
Bulan Rabiul Awwal datang lagi, bermakna bulan memperingati peristiwa kelahiran junjungan besar nabi Muhammad saw, rasul pilihan Allah swt untuk ummatnya di atas muka bumi ini.
Sesungguhnya nabi Muhammad saw ini adalah hamba Allah yang bergelar manusia akan tetapi baginda bukan calang-calang hamba dan bukan calang-calang manusia.
Ianya hamba Allah yang bergelar utusan yang membawa rahmat ke seluruh alam,
sebagaimana firmanya :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Selain daripada Allah swt ia dipanggil alam, maka setiap yang bergelar alam itu berhajat kepada rahmat Allah swt, tanpa adanya rahmat maka tiadanya alam ini maka setidak2nya alam itu mesti disertai dengan rahmat, sesungguhnya nabi Muhammad saw lah orang yang membawa rahmat itu daripada tuhannya. itu menunjukkan bahawa seluruh alam berhajat kepada nabi Muhammad saw.
Kita semua mengakui seluruh alam berhajat kepada Rasulullah saw dan seluruh alam menyayangi Rasullah saw akantetapi sebahagian dari kalangan manusia yang tidak menyayanginya bahkan membenci dan memusuhi baginda sedangkan mereka berhajat kepadanya. itulah sifat manusia yang mempunyai nafsu, adakalanya mereka menjadi syaitan adakalanya mereka menjadi malaikat.
Syaitan dan malaikat ini sebahagian daripada alam juga,maka mereka juga berhajat kepada rahmat yang dibawa oleh rasulullah saw. tapi yang peliknya, walaupun seluruh alam berhajat kepada Rasulullah saw, kenapa ada juga makhluk yang memusuhinya?? adakah logik kita memusuhi orang yang kita hajatinya?? itu sangat pelik...
Sebenarnya, bagaimana caranya untuk kita mendapatkan nikmat yang dibawa oleh Rasulullah saw?? jawapannya mudah sahaja, iaitu kita mentaati segala perintah dan larangan Allah dan Rasulnya saw iaitu kita berserah diri sebulat2nya maka kita mendapat rahmat yang tersedia itu,
sebagaimana sambungan ayat rahmat tadi :
قُلْ إِنَّمَا يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
sekian, wassalam.
Petikan dari : http://xsmpendang.blogspot.com/
0 comments Filed Under: nazer
Cikgu vs Nelayan ?
Nie...ada beberapa gambar yang di ambil dalam blog dia..
Jika ada member yang minat boleh joint dia....aku dan baniee dan tempah dah.....kami nak pi makan angin saja.
Seingat aku....Manan mesti syok kalau tengok gambar nie..coz waktu kami praktikum dulu geng rumah aku dok gila pi mancing di Kuala Gula...Romzi, Edy dan Basri mesti ingat punya.
Aku rasa tentu ramai member kita yang minat memancing.....mungkin ada yang dikira gila memancing.
0 comments Filed Under: nazer
AL-FATIHAH
Pihak Alumni MPTB mengucapkan takziah kepada keluarga rakan kita - Mohd Nizam b. Zakaria (CM2-PM) yang telah kematian ayahanda tercinta pada jam 3.00 petang (3.03.09) di kampung Wang Tepus, Jitra. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Insyaallah pihak ALUMNI akan menghantar wakil untuk mengunjungi keluarga beliau. Sesiapa yang berrminat untuk turut serta (terutama yg tinggal di sekitar Jitra), sila hubungi saya atau Shahar.
baniee...
0 comments Filed Under: banie