BUAT YANG BARU TAHU KEWUJUDAN BLOG INI

JANGAN TERLEPAS PANDANG ARTIKEL- ARTIKEL TERDAHULU
BOLEH DI BACA KAT DALAM KANDUNGAN
************************************************
JIKA NAK BERSEMBANG
SETIAP MALAM AHAD & RABU


**KENANGAN PERTEMUAN 2008**

Mohd Shahbani

Posted on Thursday, December 11, 2008 by mptb9496




Aku kini bertugas di SEK.KEB MERGONG,(dekat TESCO) Alor Star bersama Nazer dan Ustazah Salina Mohamad. Ini merupakan sekolah keempat aku. Dulu aku posting di SK Jln Bukit 2, Kajang bersama Mat Akhir. Lepas kahwin aku terus minta tukar balik Kedah dan dihantar ke SK Yan Kechil,Yan. Lima tahun aku di situ kemudian aku minta tukar ke Alor Star sebab ketika itu wife aku ditawarkan bertugas di salah sebuah sekolah di Alor Star.Kemudian aku pun bertukar ke SK Langgar dan disana aku jumpa Talhah, Shauqi dan Hanani. Lepas tu aku bertukar lagi dan kali ini ke SK Mergong. Di SK Mergong aku jumpa pula Nazer dan Ustazah Salina.Aku kahwin pada 23.11.1997 dan dikurniakan seorang putera yang kini dah nak masuk 10 tahun. Insyaallah bulan 3 tahun depan aku akan menimang seorang lagi cahayamata. Sekarang aku tinggal di Lorong Seri, Jalan Langgar(kampong asal aku) .Wife aku ngajar kat SK Sultanah Asma.

Sekarang aku juga sedang buat PJJ dengan OUM (program KPM-OUM) dan kalau tak ada aral melintang bulan Dec 2009 abih la…Kepada kawan2 yang dah grade ..Tahniah…aku ucapkan.Aku amat berharap kawan-kawan lama MPTB dapat berkongsi maklumat dalam blog ini. Kalau sapa2 mai Alor Star contact la aku di talian 019-4166135.Akhir sekali aku harap dengan adanya blog ini hubungan silatulrahim yang kita bina akan kembali terjalin dan kekal abadi.




Mohamad Shahbani Hassan

No.2 Kampung Chepoh,

Lorong Seri Hujung,

05300, A.Star (019-4166135)

0 Responses to "Mohd Shahbani":

 

alumniMPTB@gmail.com © 2008