Sekian lama menanti..akhirnya Azhan send juga cerita tentang dia.Dia masih ingat pengalaman kami bersama waktu praktikum dulu....Tahniah kerana sambung belajar.TQ An....
Petikan daripada : an_uban73@yahoo.com.my
Aku mula sekali posting kat SK Taman Nirwana, Ampang, Selangor Darul Ehsan sama ngan Shauqi, Joyah Sport dan ngan sorang lagi tu pun aku dah tak ingat nama dia. Budak maktab kita jugak. Aku dok kat sekolah tu 3 tahun. Pastu aku pindah p SK Selayang Baru Satu, Selayang sampai la ni.
Bini aku, hampa semua pun kenai. Budak kelas aku gak masa kat maktab. Norazizah, bdk Selangor, member rapat nazimah ngan shikin taik lalat tu. Aku kawin ngan dia 26.10.1997, ujung tahun lepas kita posting. Alhamdulillah kami dapat sepasang anak yang comel2. Yang pompuan tu nak masuk darjah 4. Nurazyan Afrina n yang laki tu dah nak masuk darjah 2, Muhamad Ammar Amsyar. La ni aku duduk kat Selayang la. Rasanya nak jadi orang KL kot. Tak rasa lak nak balik kampung. Bini aku baru habih buat degree kat UPM. Aku pulak coming soon, insyaallah tahun depan habih wat degree ngan UTM (SPACE)
Sebenaqnya aku teringin sangat nak jumpa hampa ari tu tapi nak wat cm na, aku kena balik jaga sekolah lak ari tu. Aku tgk gambaq Nazer pun nak tergelak, gemuk gila. Gambaq aku mcm mana. Hemsem lagi kan. Aku rasa mesti Nazer ingat masa kita praktikum kat tanjung piandang, masa nak balik maktab naik moto ngan hang. Kat highway kita follow lori bawak babi, kena ayaq kencing dia kot, sampai hang berenti moto muntah lu. Yang tu aku tak leh lupa.
Apa2 pun thanks byk2 pasai hampa dua buat blog ni. Sedikit sebyk leh la aku tgk muka kwn2 yang lama gila tak jumpa. Rindu gila. Insyaallah, tahun 2009 hampa wat la lagi reunion tu. Kumpul lagi ramai kwn2.