BUAT YANG BARU TAHU KEWUJUDAN BLOG INI

JANGAN TERLEPAS PANDANG ARTIKEL- ARTIKEL TERDAHULU
BOLEH DI BACA KAT DALAM KANDUNGAN
************************************************
JIKA NAK BERSEMBANG
SETIAP MALAM AHAD & RABU


**KENANGAN PERTEMUAN 2008**

Azhan

Posted on Monday, December 22, 2008 by mptb9496


Ni gambar Azhan dan family..
TQ coz sudi send gambar ini.

Sekian lama menanti..akhirnya Azhan send juga cerita tentang dia.Dia masih ingat pengalaman kami bersama waktu praktikum dulu....Tahniah kerana sambung belajar.TQ An....

Petikan daripada : an_uban73@yahoo.com.my

Aku mula sekali posting kat SK Taman Nirwana, Ampang, Selangor Darul Ehsan sama ngan Shauqi, Joyah Sport dan ngan sorang lagi tu pun aku dah tak ingat nama dia. Budak maktab kita jugak. Aku dok kat sekolah tu 3 tahun. Pastu aku pindah p SK Selayang Baru Satu, Selayang sampai la ni.

Bini aku, hampa semua pun kenai. Budak kelas aku gak masa kat maktab. Norazizah, bdk Selangor, member rapat nazimah ngan shikin taik lalat tu. Aku kawin ngan dia 26.10.1997, ujung tahun lepas kita posting. Alhamdulillah kami dapat sepasang anak yang comel2. Yang pompuan tu nak masuk darjah 4. Nurazyan Afrina n yang laki tu dah nak masuk darjah 2, Muhamad Ammar Amsyar. La ni aku duduk kat Selayang la. Rasanya nak jadi orang KL kot. Tak rasa lak nak balik kampung. Bini aku baru habih buat degree kat UPM. Aku pulak coming soon, insyaallah tahun depan habih wat degree ngan UTM (SPACE)

Sebenaqnya aku teringin sangat nak jumpa hampa ari tu tapi nak wat cm na, aku kena balik jaga sekolah lak ari tu. Aku tgk gambaq Nazer pun nak tergelak, gemuk gila. Gambaq aku mcm mana. Hemsem lagi kan. Aku rasa mesti Nazer ingat masa kita praktikum kat tanjung piandang, masa nak balik maktab naik moto ngan hang. Kat highway kita follow lori bawak babi, kena ayaq kencing dia kot, sampai hang berenti moto muntah lu. Yang tu aku tak leh lupa.

Apa2 pun thanks byk2 pasai hampa dua buat blog ni. Sedikit sebyk leh la aku tgk muka kwn2 yang lama gila tak jumpa. Rindu gila. Insyaallah, tahun 2009 hampa wat la lagi reunion tu. Kumpul lagi ramai kwn2.




Gambar Majlis Alumni MPTB94/96

Posted on Friday, December 19, 2008 by mptb9496

Setelah 12 tahun berpisah akhirnya pertemuan yang rancang akhirnya berjaya juga diadakan.Kerinduan terhadap kawan-kawan yang selama ini terpendam dapat diluahkan dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh semua.Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan kerana memberi kerjasama yang amat baik sekali.Sekiranya ada kekurangan mohon ampun dan maaf.Insyaallah kekurangan itu akan diperbaiki dalam pertemuan berikutnya.



Che Ramli dok cerita apa kat Romzi ....maklumlah lama tak jumpa.Terima kasih Wan Saiful...sanggup datang dari Kelantan.





Amir still macam dulu....



Tahniah Isa dari Perak( Kuala Kangsar ) sanggup datang untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama.




Tahniah Mie ...dapat baby baru.



Ramai juga yang datang...hampir 50 orang.Tahniah penganjur!!!


Edy makin sihat....dah kembang serata badan.Dia kata macam buah tembikai.Apa-apa pun sihat...alhamdulillah.



Antara pasangan yang terhebat di MPTB dulu...semoga kekal ke akhir hayat.Insyaallah.


Ini beberapa keping gambar kenangan Majlis Perjumpaan Bekas Guru Pelatih MPTB Ambilan Julai 94/96.Di harap member-member yang ada gambar lain email dekat saya untuk dipaparkan dalam blog ni.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan dalam menyatukan kita.

Cinta MPTB

Posted on Sunday, December 14, 2008 by mptb9496


Kuasa Pujukan Wanita

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

Semoga kuasa yang ada pada mereka memberi kita semangat untuk terus berusaha dengan gigih menuju ke puncak kejayaan serta kekuatan untuk terus beriman dan bertaqwa kepada yang Maha Esa.

Teruna Maktab

Posted on Saturday, December 13, 2008 by mptb9496



Masa ini semuanya masih slim lagi....aku dah lupa bila kita ambil gambar ni.Saja aku bawa keluar gambar ni nak buat promosi untuk perjumpaan kita...mungkin rasa ingin berjumpa dalam hati bertambah.

Nazer Senafi

Posted on Thursday, December 11, 2008 by mptb9496



Ini gambar aku bersama wife, aku harap semua member kenal..walaupun saiz badan dah bertambah.Tapi still macho macam dulu…..

Kini aku bertugas di SEK.KEB MERGONG, Alor Star bersama Shahbani dan Ustazah Salina Mohamad. Dulu aku posting di SK Bandar Tun Razak 2,KL.Aku dok KL lebih kurang 2 tahun setengah je..lepas kahwin aku balik Kedah dan ditempatkan di SK Mergong ni.Aku dok sekolah ni semenjak bulan Mei tahun 1999…dah dekat 10 tahun dah.

Kini aku menetap di Kg. Gunong Keriang..buat rumah kampong je..sebelah wife aku.Wife aku mengajar kat SK Sri Gunong.Aku telah dikurniakan 2 orang anak perempuan…insyaallah kalau ada rezeki bertambah lagi la….






Kalau sapa-sapa mai kat Alor Setar..boleh la mai kat rumah aku.Boleh la aku bawa pi melawat Muzium Padi Kedah, Taman Rekreasi Gunong Keriang dan Pusat Sains Cawangan Utara….lokasi area rumah aku je.

Okey…harapan aku dengan wujudnya blog ni..dapatlah kita menjalinkan semula ikatan persahabatan kita yang semakin renggang. Banyak kenangan yang kita lalui ketika di MPTB dulu…bolehlah kita coretkan di blog ni.Kalau ada cerita menarik boleh email aku ..aku boleh upload dalam bolg ni…

Nazer bin Senafi
No. 201, Batu 6,Gunong Keriang,
06570 Alor Star, Kedah
Tel : 047351859 Hp : 0134883425
Email : nateila74@yahoo.com

Mohd Shahbani

Posted on by mptb9496




Aku kini bertugas di SEK.KEB MERGONG,(dekat TESCO) Alor Star bersama Nazer dan Ustazah Salina Mohamad. Ini merupakan sekolah keempat aku. Dulu aku posting di SK Jln Bukit 2, Kajang bersama Mat Akhir. Lepas kahwin aku terus minta tukar balik Kedah dan dihantar ke SK Yan Kechil,Yan. Lima tahun aku di situ kemudian aku minta tukar ke Alor Star sebab ketika itu wife aku ditawarkan bertugas di salah sebuah sekolah di Alor Star.Kemudian aku pun bertukar ke SK Langgar dan disana aku jumpa Talhah, Shauqi dan Hanani. Lepas tu aku bertukar lagi dan kali ini ke SK Mergong. Di SK Mergong aku jumpa pula Nazer dan Ustazah Salina.Aku kahwin pada 23.11.1997 dan dikurniakan seorang putera yang kini dah nak masuk 10 tahun. Insyaallah bulan 3 tahun depan aku akan menimang seorang lagi cahayamata. Sekarang aku tinggal di Lorong Seri, Jalan Langgar(kampong asal aku) .Wife aku ngajar kat SK Sultanah Asma.

Sekarang aku juga sedang buat PJJ dengan OUM (program KPM-OUM) dan kalau tak ada aral melintang bulan Dec 2009 abih la…Kepada kawan2 yang dah grade ..Tahniah…aku ucapkan.Aku amat berharap kawan-kawan lama MPTB dapat berkongsi maklumat dalam blog ini. Kalau sapa2 mai Alor Star contact la aku di talian 019-4166135.Akhir sekali aku harap dengan adanya blog ini hubungan silatulrahim yang kita bina akan kembali terjalin dan kekal abadi.




Mohamad Shahbani Hassan

No.2 Kampung Chepoh,

Lorong Seri Hujung,

05300, A.Star (019-4166135)

Idea Blog

Posted on by mptb9496

Sebenarnya idea untuk menulis blog ini timbul ketika aku dan nazer sedang melayari website MPTB di bilik sukan sekolah kami. (aku dan nazer satu sekolah).
Dengan sedikit kepakaran yang ada pada nazer aku telah mendesak dia membuat blog ini. Semangat kami untuk menulis blog makin memuncak apabila mendapat sms dari kawan-kawan bertanya tentang perjumpaan ALUMNI MPTB 1994-96.. Sebenarnya aku, nazer dan shuib telah merancang untuk mengadakan satu pertemuan dengan rakan-rakan lama di Hotel Seri Malaysia pada 18.12.2008. Jadi kami pun telah merangka blog ini untuk memudahkan kawan-kawan mendapat maklumat. Semoga blog ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Selamat Datang

Posted on by mptb9496

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Tujuan Blog ini dibina adalah untuk menghimpun semula kawan-kawan lama yang bergelar guru pelatih MPTB 1994-1996. Di harap dengan wujudnya blog ini kita dapat berkongsi cerita, maklumat, kenangan silam dan apa sahaja untuk tatapan semua.
Segala sumbangan dari anda semua amat dialu-alukan dan segala kekurangan dalam blog ini harap dimaafkan kerana kami baru berjinak-jinak dengan penulisan blog.
Insyaallah kami akan berusaha membuat penambahbaikan dari masa ke semasa. Diharap sesiapa yang membaca blog ini dapat mewar-warkan kepada rakan2 kita yang lain. Akhir sekali diharap dengan ujudnya blog ini hubungan silatulrahim yang telah kita bina dahulu akan kembali bertaut hingga ke akhir hayat.

Baniee & Nazer

PERJUMPAAN ALUMNI MPTB9496

Posted on by mptb9496

BUAT JULUNG KALINYA SATU PERJUMPAAN UNTUK BEKAS PELATIH MPTB 94/96 AKAN DIADAKAN PADA 18.12.08. BERTEMPAT DI HOTEL SERI MALAYSIA, ALOR STAR. JAM 3.30 PETANG. UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI :

SHAHBANI(0194166135) ATAU NAZER (0134883425). SEMUA DIJEMPUT HADIR.

 

alumniMPTB@gmail.com © 2008