Kelebihan Korban.
oleh : Syeikh MohdKhairuddin Aman Razali at-Takiri
Korban merupakan ibadah yang sunat kifayah dilakukan oleh sesebuah keluarga pada hari raya `Idil Adha dan 3 hari Tasyriq iaitu 10-13 zulhijjah.
Nabi saw bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
"Tiada satu amalan anak Adam yang dilakukan pada hari penyembelihan (hari raya `idil Adha) yang lebih dicintai oleh Allah berbanding menumpahkan darah. Sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah itu pasti tumpah daripada (redha) Allah di sesuatu tempat sebelum ia tumpah ke atas bumi, maka perelokkanlah diri dengannya.” Hadis Tirmizi.Sunnah Kifayah bermaksud sekiranya seorang ahli keluarga berkorban maka seluruh ahli keluarga mendapat pahala.
Sumber Rujukan : http://www.darulfuqaha.com / attakiri@ukm.my